VALORANT

Bacaan: < 1 minit

Valorant (Project A @ Ares) merupakan permainan tembak menembak taktikal pandang pertama yang dibangunkan oleh Riot Games. Ia diumumkan secara rasmi pada ulang tahun ke-10 permainan League of Legends. Valorant boleh dimainkan secara percuma di platform PC (Windows).

Valorant mulai dibangunkan pada tahun 2014 menggunakan enjin permainan Unreal Engine. Ia dipertontonkan kepada umum dengan kod nama Project A pada Oktober 2019. Valorant mempunyai corak permainan menyerupai permainan tembak-menembak popular Counter-Strike. Salvatore Garozzo, bekas pemain profesional dan pencipta peta bagi Counter-Strike: Global Offensive juga merupakan pereka bagi permainan Valorant ini.


Berita

Untuk berita terkini berkaitan dengan permainan VALORANT, sila klik pada pautan ini.


Kenali Valorant

Muat-turun

Valorant boleh dimainkan di platform PC. Akaun Riot Games diperlukan bagi memainkan permainan ini. Ia akan dilancarkan secara rasmi pada 2 Jun 2020.

Keperluan Spesifikasi

Minimum (30fps)

  • OS: Windows 7/8/10 (64-bit)
  • RAM: 4GB
  • CPU: Intel i3-370M
  • GPU: Intel HD 3000 (1GB VRAM)

Dicadangkan (60fps)

  • OS: Windows 7/8/10 (64-bit)
  • RAM: 4GB
  • CPU: Intel i3-370M
  • GPU: Intel HD 3000 (1GB VRAM)

Kelas Tinggi (144+fps)

  • OS: Windows 7/8/10 (64-bit)
  • RAM: 4GB
  • CPU: Intel Core i5-4460 3.2Ghz
  • GPU: Nvidia GTX 1050 Ti (1GB VRAM)

Terkait