League of Legends: Wild Rift

Bacaan: < 1 minit

Wild Rift merupakan permainan League of Legends yang dibangunkan khas untuk peranti mudah alih oleh Riot Games. Ia boleh dimainkan pada platform Android dan iOS.

Walaupun permainan ini hampir serupa dengan permainan asal League of Legends di pc, ia mempunyai beberapa perbezaan dan tidak menyokong permainan rentas platfrom diantara versi pc dan Wild Rift. Bagi pemain di Asia Tenggara juga, akaun Garena (League of Legends PC) tidak boleh digunakan bagi Wild Rift kerana permainan ini akan diuruskan oleh Riot Games sendiri. Para pemain perlu menggunakan akaun Riot Games.

Wild Rift dijangka akan dilancarkan secara rasmi menjelang penghujung tahun 2020. Versi ujian awal akan dilancarkan di beberapa negara/rantau tidak lama lagi.