League of Legends merupakan permainan MOBA yang dibangunkan oleh Riot Games. Pembangunannya di inspirasikan oleh mod permainan Defense of the Ancients pada permainan Warcraft III: The Frozen Throne.
Ia diumumkan pada 07 Oktober 2008 dan kemudiannya memulakan ujian beta bermula 10 April 2009 sehingga 22 Oktober 2009. League of Legends dilancarkan secara rasmi kepda umum 27 Oktober 2009. League of Legends merupakan salah sebuuah permainan esukan paling popular di dunia. Dengan lebih 115 juta pemain bulanan, acara terbesar permainan ini iaitu LoL World Championship 2019 berjaya memperoleh tontonan serentak seramai 44 juta orang.
Di Malaysia, permainan League of Legends boleh dimainkan menerusi pelayan Garena, yang merupakan pengendali rasmi permainan itu di rantau ini.
Berita
Untuk berita terkini berkaitan dengan permainan League of Legends, sila klik pada pautan ini.
- Album EP ‘ALL OUT’ Oleh K/DA Kini Dilancarkan Kepada Umum
- Acara League of Legends All-Star 2020 Bakal Berlangung Secara Dalam Talian Disember Ini
- Pasukan League of Legends T1 Menjadi Tetamu Rancangan Realiti Run BTS
- Riot Games Umum 10 Pasukan Yang Telah Diterima Masuk Ke Dalam Francais Liga LCK
- Damwon Gaming Adalah Juara Worlds 2020 – Bawa Korea Kembali Ke Puncak Dunia
Muat-turun
League of Legends boleh dimuat-turun secara percuma. Ia boleh dimainkan pada sistem operasi Windows dan Mac OS X . Bagi pelayan Asia Tenggara, permainan ini diuruskan oleh Garena dan pemain perlu memuat-turun pelayan Garena untuk memainkannya.