
MPL-MY/SG Musim Ke-6 (Kelayakan Malaysia)
LIGA PROFESIONAL MOBILE LEGENDS – MPL-MY/SG MUSIM-6 (MPL MYSG Season 6)
Liga terbesar Mobile Legends kini kembali dalam pencarian untuk Legenda seterusnya!
Empat pencabar baru (2 pasukan Malaysia & 2 pasukan Singapura) akan dipilih dari peringkat kelayakan dan perlu teruskan perjuangan mereka untuk kekal di dalam Liga, beserta dengan 6 pasukan jemputan dari Musim Kelima kembali menyertai Liga Musim Keenam untuk membuktikan kehebatan masing – masing, pertandingan ini akan menjadi suatu pertempuran yang mencabar untuk kesemua pihak.
Siapakah yang akan memenangi pertempuran ini dan seterusnya dinobatkan menjadi Legenda?
Perincian
- Pendaftaran Peringkat Kelayakan Malaysia: 13 Julai 2020 – 19 Julai 2020 (11.59pm)
- Pendaftaran Peringkat Kelayakan Singapura: 13 Julai – 19 Julai 2020 (11.59pm)
- Had pendaftaran Peringkat Kelayakan Malaysia: 512 Pasukan
- Had pendaftaran Peringkat Kelayakan Singapura: 128 Pasukan
Tarikh Pusingan Kelayakan:
- Malaysia: 24 Julai 2020 – 26 Julai 2020
- Singapura: 25 Julai 2020 – 26 Julai 2020
Format Pusingan Kelayakan Malaysia:
- 512 Pasukan bermain ‘Best of 1’: Penyingkiran Tunggal
- Pusingan 16 Teratas dan seterusnya akan dimainkan dalam ‘Best of 3’: Penyingkiran Tunggal
- Pasukan 2 Teratas akan mara ke Musim Tetap
Format Pusingan Kelayakan Singapura:
- 128 Pasukan bermain ‘Best of 1’: Penyingkiran Tunggal
- Pusingan 16 Teratas dan seterusnya akan dimainkan dalam ‘Best of 3’: Penyingkiran Tunggal
- Pasukan 2 Teratas akan mara ke Musim Tetap
Register: MPL MY/SG S6