MPL Malaysia Musim 7 (MPL-MY S7) – Qualifier

Liga terbesar Mobile Legends kini kembali dalam pencarian untuk Legenda seterusnya!

Dua pencabar baru akan dipilih dari peringkat kelayakan dan perlu teruskan perjuangan mereka untuk kekal di dalam Liga, beserta dengan 8 pasukan jemputan dari Musim Keenam kembali menyertai Liga Musim Ketujuh untuk membuktikan kehebatan masing – masing, pertandingan ini akan menjadi suatu pertempuran yang mencabar untuk kesemua pihak.

Siapakah yang akan memenangi pertempuran ini dan seterusnya dinobatkan menjadi Legenda?

Perincian

2 Pasukan Teratas dari Peringkat Kelayakan Malaysia akan mara ke MPL Musim Ketujuh Musim Tetap.

  • Pendaftaran Peringkat Kelayakan Malaysia: 18 Januari 2021 – 31 Januari 2021 (11.59 pm)
  • Had pendaftaran Peringkat Kelayakan Malaysia: 512 Pasukan
  • Pengesahan pendaftaran di Discord ditutup pada 1 Februari 2021,

Tarikh Pusingan Kelayakan:

  • Malaysia: 5 Februari 2021 – 7 Februari 2021

2 Pasukan Teratas daripada Malaysia Esports Circuit (MEC) akan menyertai Pusingan 8 Teratas Kelayakan MPL-MY Musim Ketujuh.

Format Pusingan Kelayakan Malaysia (Terbuka):

  • 512 Pasukan bermain ‘Best of 1’: Penyingkiran Tunggal
  • Pusingan 16 Teratas akan dimainkan dalam ‘Best of 3’: Penyingkiran Tunggal
  • Pusingan 8 Teratas akan dimainkan dalam ‘Best of 3’: Penyingkiran Berganda
  • 6 Pasukan Teratas akan mara ke Pusingan Kelayakan Malaysia (Akhir)

Format Pusingan Kelayakan Malaysia (Akhir)

  • 2 Pasukan Teratas dari Malaysia Esports Circuit (MEC) akan menyertai Pusingan 8 Teratas pada hari Sabtu, 7 Februari 2021.
  • Pusingan 8 Teratas dan seterusnya akan dimainkan dalam ‘Best of 3’: Penyingkiran Tunggal
  • 2 Pasukan Teratas secara keseluruhan akan mara ke Musim Tetap

Bagi Pasukan yang layak ke Musim Tetap:

  • Tarikh akhir untuk menghantar barisan pemain adalah selewat – lewatnya pada 9 Februari 2021, 5.00 pm (GMT+8). Pasukan dari pusingan Kelayakan boleh membuat maksimum 2 penukaran pemain.
  • Pemain perlu membaca dan menyetujui dokumen ‘MPL-MY S7 Official Rules’ serta ‘Appendix A – MPL-MY S7 Player Eligibility Agreement’.
  • Pemain perlu menandatangani dokumen ‘Appendix A – MPL-MY S7 Player Eligibility Agreement’ bersama dengan Pegawai MPL-MY.

Daftar: MPL-MY Season 7

Date

05 - 07 Februari 2021
Expired!

Time

All Day

Location

Online Tournament

Organizer

Moonton
Register
Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *