Dota 2 Pro Circuit 2018-2019

Dota 2 Pro Circuit 2018-2019

Litar Profesional Dota 2 (Dota 2 Pro Circuit) diperkenalkan pada bulan Julai 2017 oleh Valve bagi mengantikan Litar Kejohanan Major yang digunapakai sebelum itu. Selepas berakhirnya kejohanan The International 2017, kesemua kejohanan Dota 2 bertaraf Major dan Minor akan dianjurkan oleh pihak ketiga dengan tajaan oleh Valve.

Selepas berakhirnya kejohanan The International 2018, Valve mengumumkan perubahan kepada sistem DPC dengan menyatakan bahawa kejohanan Major dan Minor selepas itu akan dianjurkan secara berpasangan. Bagi musim DPC 2018-2019, sebanyak 10 kejohanan Major dan Minor akan diadakan secara berpangsangan.

Bermula pada musim ini juga, tiada sebarang slot jemputan diberikan kepada mana-mana pasukan. Pusingan kelayakan kejohanan Major akan diadakan terlebih dahulu sebelum kejohanan Minor. Pasukan yang berjaya melayakkan diri ke kejohanan Major dilarang untuk menyertai kejohanan bertaraf Minor.

Selepas tamat pusingan kelayakan Major, pusingan kelayakan Minor akan diadakan sebelum kejohanan utama Minor dianjurkan. Juara kejohanan Minor ini akan memperoleh slot terakhir untuk bertanding di kejohanan Major. Selepas tamat kejohanan Minor, barulah kejohanan Major diadakan.

Jadual Kejohanan DPC 2018-2019

KejohananTarikhLokasiHadiah (USD)Mata DPCJumlah PasukanPemenang
DreamLeague S10 Minor29 Okt – 04 Nov 2018Stockholm300,0005008Tigers
The Kuala Lumpur Major09 – 18 Nov 2018Kuala Lumpur1,000,0001500016Virtus Pro
The Bucharest Minor09 – 13 Jan 2019Bucharest300,0005008Ehome
The Chongqing Major19 – 27 Jan 2019Chogqing1,000,0001500016Team Secret
Starladder ImbaTV Minor7 – 10 Mac 2019Kiev300,0005008Vici Gaming
DreamLeague S11 Major14 – 24 Mac 2019 Stockholm1,000,0001500016Vici Gaming
OGA Dota PIT Minor22 – 28 Apr 2019Split300,0005008Ninjas in Pyjamas
MDL Disneyland® Paris Major 04 – 12 Mei 2019 Paris1,000,0001500016Team Secret
StarLadder Ukraine Minor10 – 16 Jun 2019Kyiv300,0005008Ninjas in Pyjamas
Epicenter Major22 – 30 Jun 2019Moscow1,000,0001500016Vici Gaming
The International 201915 – 25 Ogos 2019Shanghai

Papan Pendahulu DPC 2018-2019

Ranking Pasukan Mata DPC
1 Team Secret 14400
2 Virtus Pro 13500
3 Vici Gaming 11250
4 Evil Geniuses 6825
5 Team Liquid 5820
6 PSG.LGD 5040
7 Fnatic 2880
8 Ninjas in Pyjamas 2620
9 TNC Predator 2046
10 OG 1218
11 Alliance 1179
12 Keen Gaming 1140
13 Gambit 678
14 Ehome 629.6
15 J.Storm 576
16 Forward Gaming 304.88
17 Chaos Esports Club 288
18 Mineski 236.8
19 Pain Gaming 225
20 Royal Never Give Up 204
  • Hanya 12 pasukan teratas akan menerima jemputan terus ke kejohanan The International 2019.
  • Nilai ambang yang diperlukan bagi memastikan pasukan menerima jemputan pada ketika ini adalah 730 mata.
  • Papan pendahulu ini hanya memaparkan 20 pasukan teratas sahaja.

Tarikh Akhir Kemaskini : 2 Julai 2019

Sumber :