Dota 2 Pro Circuit

Litar Profesional Dota 2 (Dota 2 Pro Circuit) diperkenalkan pada bulan Julai 2017 oleh Valve bagi mengantikan Litar Kejohanan Major yang digunapakai sebelum itu. Selepas berakhirnya kejohanan The International 2017, kesemua kejohanan Dota 2 bertaraf Major dan Minor akan dianjurkan oleh pihak ketiga dengan tajaan oleh Valve.

Selepas berakhirnya kejohanan The International 2018, Valve mengumumkan perubahan kepada sistem DPC dengan menyatakan bahawa kejohanan Major dan Minor selepas itu akan dianjurkan secara berpasangan. Bagi musim DPC 2018-2019, sebanyak 10 kejohanan Major dan Minor akan diadakan secara berpangsangan.

Bermula pada musim ini juga, tiada sebarang slot jemputan diberikan kepada mana-mana pasukan. Pusingan kelayakan kejohanan Major akan diadakan terlebih dahulu sebelum kejohanan Minor. Pasukan yang berjaya melayakkan diri ke kejohanan Major dilarang untuk menyertai kejohanan bertaraf Minor.

Selepas tamat pusingan kelayakan Major, pusingan kelayakan Minor akan diadakan sebelum kejohanan utama Minor dianjurkan. Juara kejohanan Minor ini akan memperoleh slot terakhir untuk bertanding di kejohanan Major. Selepas tamat kejohanan Minor, barulah kejohanan Major diadakan.

Musim