The Fortnite Champion Series (FNCS) Season X Akan Menawarkan Hadiah Berjumlah USD10 Juta

Selepas berakhirnya Piala Dunia Fortnite tempoh hari, Epic Games mendedahkan bahawa langkah seterusnya bagi arena kompetitif Fortnite adalah penganjuran The Fortnite Champion Series (FNCS). Perincian bagi musim pertama yang digelar sebagai Season X ini telah pun didedahkan hari ini memperlihatkan ia bakal menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD10,000,000 meliputi keseluruhan rantau yang dipertandingkan. Bermula pada minggu … Read moreThe Fortnite Champion Series (FNCS) Season X Akan Menawarkan Hadiah Berjumlah USD10 Juta

Piala Dunia Fortnite Peroleh Jumlah Penonton Serentak Mencapai Angka 2.3 Juta Orang – Atasi Rekod LoL Worlds 2018

Pada 26 sehingga 28 Julai yang lalu, Piala Dunia Fortnite telah berlangsung di Stadium Arthur Ashe, New York memperlihatkan kesemua USD30 juta hadiah yang ditawarkan diberikan kepada para pemenang. Usai tamat kejohanan tersebut, Epic Games kini telah berkongsikan beberapa statistik menarik berkaitan dengan penganjuran acara tersebut yang berjaya mencipta rekod baharu. Antaranya adalah penjualan tiket … Read morePiala Dunia Fortnite Peroleh Jumlah Penonton Serentak Mencapai Angka 2.3 Juta Orang – Atasi Rekod LoL Worlds 2018

Remaja 16 Tahun Juarai Piala Dunia Fortnite – Bawa Pulang USD3 Juta

Pada penghujung minggu lalu, acara Piala Dunia Fortnite telah berlangsung meriah, mempertandingkan pemain-pemain terbaik dari seluruh dunia bagi merebut hadiah USD30 juta yang ditawarkan oleh Epic Games. Permainan battle royale popular itu telah memulakan pusingan kelayakan bagi Piala Dunia ini dari bulan April 2019 lalu memperlihatan lebih 40 juta orang pemain dari seluruh dunia mencuba … Read moreRemaja 16 Tahun Juarai Piala Dunia Fortnite – Bawa Pulang USD3 Juta

Epic Games Mendedahkan Perincian Mengenai Fortnite World Cup Dan Hadiah RM400 Juta Yang Diumumkan Tahun Lalu

Pada sekitar bulan Mei tahun 2018 lalu, Epic Games telah mengumumkan bahawa telah menyediakan hadiah sebesar USD100 juta (~RM407 juta) bagi musim kompetitif 2018-2019 untuk permainan battle royale popular mereka iaitu Fortnite Battle Royale. Pada ketika itu, mereka turut mengumumkan bahawa Piala Dunia Fortnite 2019 (Fortnite World Cup) akan menjadi kejohanan pertama di bawah siri … Read moreEpic Games Mendedahkan Perincian Mengenai Fortnite World Cup Dan Hadiah RM400 Juta Yang Diumumkan Tahun Lalu

Epic Games Bersatu Dengan ESL Membawakan Kejohanan Fortnite Ke Acara IEM Katowice 2019

Salah satu penganjur acara esukan ternama dunia, ESL telah mengumumkan bahawa mereka telah bekerjasama dengan Epic Games bagi menyertakan permainan Fortnite pada acara ekspo IEM (IntelĀ® Extreme Masters) Katowice 2019. Diberi nama sebagai ESL Katowice Royale, ia menawarkan hadiah keseluruhan berjumlaj USD600,000. Namun begitu, ia terbahagi kepada dua acara iaitu edisi khas untuk warganegara Poland … Read moreEpic Games Bersatu Dengan ESL Membawakan Kejohanan Fortnite Ke Acara IEM Katowice 2019

Kejohanan Tenis Grand Slam Terbuka Australia 2019 Bakal Menyertakan Pertandingan Fortnite

Salah sebuah daripada empat kejohanan utama bagi sukan tenis, Terbuka Australia 2019 (Australian Open) buat julung kalinya bakal menyertakan sebuah pertandingan Fortnite di acara tersebut. Digelar sebagai Fortnite Summer Smash, pertandingan ini hanya terbuka bagi rakyat Australia sahaja dan bakal berlangsung sehari sebelum hari terakhir kejohanan Terbuka Australia iaitu pada 26 Januari ini. Ia akan … Read moreKejohanan Tenis Grand Slam Terbuka Australia 2019 Bakal Menyertakan Pertandingan Fortnite

Epic Games Terima Suntikan Dana Baharu Lebih RM5 Bilion

Syarikat pembangun permainan popular Fortnite, Epic Games dilaporkan telah berjaya mengumpul dana sebanyak USD1.25 bilion (~RM5.2 bilion) dari beberapa pihak dalam siri pengumpulan dana terbaru mereka. Dengan permainan Fortnite : Battle Royale dilaporkan telah berjaya mengumpul keuntungan melebihi USD2 bilion masih lagi popular di seluruh dunia, syarikat tersebut sudah pasti menarik minat ramai pelabur. Antara … Read moreEpic Games Terima Suntikan Dana Baharu Lebih RM5 Bilion

Epic Games Mengumumkan In-Game Tournaments – Kejohanan Dalam Talian Untuk Semua

Sisi kompetitif merupakan sebuah aspek yang penting di dalam permainan masa kini. Berbeza dengan kejohanan profesional, beberapa permainan hadir dengan mod permainan kompetitif dalam talian yang terbuka kepada semua pemain. Dota 2 mempunyai kejohanan mingguan Battle Cup, League of Legends hadir dengan Clash dan kini, Fortnite Battle Royale memperkenalkan In-game Tournaments. Mod permainan baharu ini … Read moreEpic Games Mengumumkan In-Game Tournaments – Kejohanan Dalam Talian Untuk Semua

Fortnite Mahu Berkongsi Keuntungan Dengan Pencipta Kandungan – Lancar Acara “Support A Creator”

Fortnite merupakan salah sebuah permainan paling popular di dunia pada ketika ini. Pelbagai kandungan berasaskan permainan tersebut memenuhi laman web perkongsian video seperti Youtube dan Twitch. Bagi menunjukkan sokongan terhadap pencipta kandungan yang banyak membantu permainan itu mencapai kejayaan, Epic Games telah mengumumkan acara khas “Support-A-Creator”. Acara ini membolehkan pencipta kandungan memperoleh sedikit pendapatan sekiranya … Read moreFortnite Mahu Berkongsi Keuntungan Dengan Pencipta Kandungan – Lancar Acara “Support A Creator”

Organisasi E-sukan FrostFire Berminat Tubuh Pasukan Bagi Permainan Battle Royale

Battle Royale merupakan genre permainan terhangat pada tahun ini. Pelbagai permainan berlumba-lumba mewujudkan mod permainan Battle Royale tersendiri. Oleh sebab itu, arena kompetitif bagi permainan bergenre Battle Royale turut berkembang dan menarik minat banyak organisasi e-sukan. Tidak mahu ketinggalan di dalam trend ini adalah organisasi e-sukan FrostFire. Menerusi laporan mingguan organisasi tersebut, mereka menyatakan minat … Read moreOrganisasi E-sukan FrostFire Berminat Tubuh Pasukan Bagi Permainan Battle Royale