Dota 2

Valora, the Dawnbreaker Adalah Hero Terbaru Bagi Dota 2

4 bulan lalu

Valora, the Dawnbreaker Adalah Hero Terbaru Bagi Dota 2

Dota 2 hari ini hadir dengan kemaskini 7.29 dan bersama-sama dengannya telah diperkenalkan sebuah hero baharu iaitu Valora, the Dawnbreaker. Dawnbreaker merupakan hero melee bagi posisi carry dengan tukul sebagai senjata utama beliau.

Dari segi abiliti pula, Dawnbreaker mempunya kebolehan untuk memulihkan rakan, memegun, memperlahankan musuh dan mampu melakukan teleportasi global kepada rakan.

Bagi kemaskini 7.29, Valve telah melakukan beberapa perubahan kepada peta permainan mengubah beberapa lokasi utama permainan. Sebuah rune baharu iaitu Water Runes telah ditambah masuk dimana jika diambil boleh memulihkan nyawa dan mana hero. Valve juga telah merendahkan kadar tolehan hero (turn rate) dan mengubah pelabgai abiliti hero yang kini tidak lagi mampu memusnahkan pokok di peta permainan.

Nota lengkap kesemua perubahan yang hadir boleh diakses pada pautan ini.