Dota 2 Valve

Dota 2 Reka Semula Tutorial, Tambah Baik Untuk Pemain Baru

4 bulan lalu

Dota 2 Reka Semula Tutorial, Tambah Baik Untuk Pemain Baru

Dota 2 sudah sedia terkenal rumit untuk dimainkan dan Valve sebelum ini sudah menjanjikan bahawa mereka akan memperbaiki tutorial di dalam klien permainan Dota 2 untuk untuk menambahbaik pengalaman bermain pemain baharu.

Dengan pelancaran siri animasi Dota: Dragon’s Blood di Netflix esok, gelombang pemain baharu dijangka meningkat dan Valve akhirnya hadir dengan kemaskini memfokuskan kepada tutorial tersebut. Antara perubahan yang diperkenalkan adalah rekaan semula hud kedai item yang lebih ringkas dan kemas bagi pemain baharu. Ini adalah bertujuan bagi membolehkan pemain mempelajari item permainan dengan rentak mereka sendiri.

Sebuah sistem cabaran berobjektif membolehkan pemain mempelajari elemen utama permainan satu demi satu. Pemain juga akan menerima hadiah sekiranya mereka melengkapkan objektif-objektif tersebut. Komuniti, diketuai oleh SirActionSlacks akan turut mempunyai sudut tersendiri bagi membantu pemain baharu.

Segala maklumat mengenai permainan kini boleh diakses di dalam permainan dengan mudah. Mod permainan khas juga telah ditambah masuk memboleh pemain bermain tanpa perlu risau dengan pemain smurf mahupun pemain veteran. Bermula hari ini juga , aktiviti smurfing juga kini adalah kesalahan yang boleh menyebabkan akaun pemain digantung. Pemain yang didapati melakukannya akan digantung akaun mereka termasuklah akaun utama mereka.

Sumber: Dota 2