Riot Games Valorant

Riot Games Melancarkan Siasatan Ke Atas Sinatraa – Dilarang Bertanding Di VCT Sehingga Siasatan Selesai

1 bulan lalu

Riot Games Melancarkan Siasatan Ke Atas Sinatraa – Dilarang Bertanding Di VCT Sehingga Siasatan Selesai

Lanjutan daripada kes tuduhan salah laku seksual oleh Sinatraa ke atas bekas teman wanita beliau, Riot Games kini mengesahkan bahawa mereka telah memulakan siasatan ke atas pemain profesional Valorant tersebut dan mengantung beliau dari bertanding di peringkat pertama Master Amerika Utara untuk VCT 2021.

Pergantungan ini akan berlanjutan sehingga siasatan tersebut selesai. Oleh yang demikian, Sinatraa tidak akan mampu bertanding bersama dengan Sentinels pada hujung minggu ini pada perlawanan mereka menentang Luminosity. Mereka bakal bermain bersama dengan pemain gantian.

Sentinels turut mengumumkan bahawa mereka juga telah memulakan siasatan dalaman sendiri mereka dan mengantung Sinatraa dari pasukan Valorant mereka pada ketika ini.