Esukan Overwatch Valorant

[TW] Bekas Teman Wanita Sinatraa Tuduh Beliau Akan Salahlaku Seksual

2 bulan lalu

[TW] Bekas Teman Wanita Sinatraa Tuduh Beliau Akan Salahlaku Seksual

Bekas pemain profesional Overwatch bertukar kepada pemain profesional Valorant, Jay “sinatraa” Won hari ini telah dituduh melakukan salahlaku seksual keatas bekas teman wanita beliau ketika mereka masih bersama.

Wanita tersebut, Cleo ‘cle0h’ Hernandez tampil dengan sebuah dokumen menceritakan pengalaman beliau sepanjang hubungan tersebut berlangsung. Menurut cle0h, sejak dari awal hubungan lagi sinatraa telah mulai menunjukkan tanda-tanda kelakukan buruk seperti memaksanya melakukan seks tanpa perlindungan sehingga beliau sendiri terpaksa menggunakan UID.

Tambah lagi penggunaan UID ini menyebabkan kesakitan kepada cle0h semasa hubungan seks dilakukan namun perkara ini sering diendahkan oleh sinatraa. Sinatraa mengendahkan rungutan dari cle0h dan memaksa beliau melakukan seks walaupun beliau tidak mahu melakukannya. Dokumen yang ditampilkan oleh cle0h juga mengandungi tangkapan skrin dan rakaman audio yang menyokong tuduhan beliau.

Sinatraa mahupun organisasi beliau Sentinels pada ketika ini masih lagi berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu ini.

Kemaskini:

Sinatraa kini telah tampil menafikan tuduhan ini dan menyatakan bahawa beliau bakal bekerjasama dengan siasatan yang telah dilancarkan.