Artifact

Valve Menamatkan Pembangunan Artifact – Kini Percuma Untuk Dimainkan

3 bulan lalu

Valve Menamatkan Pembangunan Artifact – Kini Percuma Untuk Dimainkan

Kekurangan pemain sebagai alasan, Valve hari ini mengumumkan bahawa pembangunan rekaan semula Artifact 2.0 kini telah ditamatkan.

Artifact 2.0 Beta yang mulai dibangunkan setahun yang lalu akan kekal tidak disiapkan dan dinamakan semula kepada Artifact Foundry manakala Artifact 1.0 asal dinamakan sebagai Artifact Classic. Kedua-dua versi kini boleh dimainkan secara percuma namun tiada kemaskini akan tiba di masa mendatang.

Pemain kini boleh mengakses kesemua kad secara percuma bagi versi Classic dan tidak lagi perlu membayar tiket acara. Pemain yang membeli Artifact asal juga akan menerima pek kad edisi pengumpul (Collector’s Edition). Bagi Foundry, pemain boleh memiliki kad dengan bermain permainan tersebut.