Dota 2

Dota Dan Netflix Mengumumkan Siri Animasi Baharu – Disiarkan Bermula Mac Ini

5 bulan lalu

Dota Dan Netflix Mengumumkan Siri Animasi Baharu – Disiarkan Bermula Mac Ini

Valve hari ini secara mengejut telah mengumumkan bahawa siri animasi baharu berdasarkan peribudaya Dota 2 akan mula bersiaran tidak lama lagi.

Diberi tajuk DOTA: Dragon’s Blood, siri animasi ini akan boleh ditonton di laman penstriman Netflix bermula pada 25 Mac ini. Siri ini akan memfokuskan kepada dua watak di dalam dunia Dota 2 iaitu Dragon Knight dan Mirana di dalam pengembaraan mereka menentang musuh-musuh.

Namun begitu, pelbagai hero Dota 2 lainnya sama ada yang sedia ada atau baharu akan turut disertakan di dalam siri ini. DOTA: Dragon’s Blood mempunyai 8 episod dan dianimasikan oleh Studio Mir yang terkenal dengan siri The Legend of Korra dan Voltron: Legendary Defender.

Layari: DOTA: Dragon’s Blood (Netflix)