Valorant

OG Esports Umum Penubuhan Skuad Valorant Mereka

7 bulan lalu

OG Esports Umum Penubuhan Skuad Valorant Mereka

Selepas Counter-Strike: Global Offensive, OG Esports kini melebarkan sayap mereka ke sebuah lagi permainan FPS iaitu Valorant. Bagi mereka yang mengikuti pasukan OG Esports semenjak dari penubuhannya, anda sudah apsti sedia kenal dengan nama asal organisasi tersebut iaitu Monkey Business.

Bermula pada awal tahun ini, sebuah pasukan telah mulai bertanding di beberapa kejohanan Valorant menggunakan nama Monkey Business. Sudah tentu ramai menyedari kaitan diantara OG dengan pasukan ini dan malah OG Esports sendiri mulai mengacahkan hubungan mereka di laman Twitter mereka.

Hari ini, pasukan tersebut secara rasminya diumumkan sebagai pemain untuk OG Esports bagi divisyen Valorant mereka. Mereka akan mulai menggunakan nama OG Esports bermula pada 21 Februari ini di pusingan Challenger seterusnya untuk VALORANT Champions Tour.

Berikut adalah senarai pemain bagi pasukan OG Esports Valorant:

  1. Dylan ‘aKm’ Bignet]
  2. Dragan ‘elllement’ Milanović
  3. Théo ‘OniBy’ Tarlier
  4. Kevin TviQ’ Lindström
  5. Benjamin ‘uNKOE’ Chevasson
  6. Julien ‘daemoN’ Ducros (jurulatih/Pengurus)

OG Esports turut mencipta akaun Twitter khas bagi divisyen Valorant mereka iaitu @OGValorant untuk para peminat mengikuti perkembangan terkini pasukan tersebut.