Esukan

Team Liquid Umum Kolaborasi Bersama Dengan Naruto – Hadir Dengan Koleksi Pakaian Khas

4 bulan lalu

Team Liquid Umum Kolaborasi Bersama Dengan Naruto – Hadir Dengan Koleksi Pakaian Khas

Organisasi esukan terkemuka, Team Liquid hari ini mengumumkan koleksi pakaian baharu dimana mereka telah bekerjasama dengan Naruto, siri manga popular dari Jepun.

Koleksi baharu ini akan menampilkan rekaan yang mengabungkan kedua-dua pihak seperti watak utama siri manga tersebut disamping logo rasmi organisasi esukan Team Liquid. Koleksi pakaian ini akan dilancarkan kepada umum bermula pada 12 Februari ini (PST).

Pendaftaran awal bagi mereka yang berminat untuk mendapatkannya boleh dilakukan di laman store.teamliquid.com/pages/liquid-x-naruto.

Ini bukanlah kali pertama Team Liquid berkolaborasi bersama dengan jenama terkenal. Mereka sebelum ini telah bekerjasama dengan Marvel, dimana mereka turut hadir dengan koleksi pakaian khas. Pasukan esukan mereka juga memperagakan jersi bertemakan Marvel di kejohanan esukan.