Dota 2

ONE Esports Singapore Major Adalah Kejohanan Pertama Dota Pro Circuit Musim 2021

8 bulan lalu

ONE Esports Singapore Major Adalah Kejohanan Pertama Dota Pro Circuit Musim 2021

Selepas berehat seketika kerana wabak COVID-19, kejohanan LAN bagi Dota 2 bakal kembali semula dengan Singapura menjadi tuan rumah pertama musim ini.

PGL mengumumkan ONE Esports Singapore Major bakal dilangsungkan pada 27 Mac sehingga 4 April. Kejohanan ini adalah hasil kerjasama diantara PGL, ONE Esports dan Singapore Tourism Board (STB) menawarkan hadiah sebesar USD500,000.

Bakal disiarkan pada resolusi 4K, kejohanan ini mempertandingkan 18 pasukan dari Divisyen Atas liga-liga DPC serata dunia. Ia akan menjadi kejohanan pertama dianjurkan secara fizikal dengan kesemua pasukan bertanding akan diterbangkan ke Singapura.

Berikut adalah pembahagian slot bagi kejohanan ini:

  • Eropah – 4
  • China – 4
  • Asia Tenggara – 3
  • CIS – 3
  • Amerika Utara – 2
  • Amerika Selatan – 2