Dota 2

Sistem Overwatch Yang Membolehkan Pemain Dota 2 Menyemak Laporan Kesalahan Pemain Lain Kini Aktif

1 bulan lalu

Sistem Overwatch Yang Membolehkan Pemain Dota 2 Menyemak Laporan Kesalahan Pemain Lain Kini Aktif

Pada bulan Oktober tahun lalu, pembangun Dota 2 mengumumkan bahawa sistem Overwatch yang telah sedia ada pada permainan CS:GO akan turut diperkenalkan bagi permainan Dota 2.

Hari ini sistem tersebut telah mulai beroperasi secara rasminya. Overwatch adalah sistem dimana pemain dibenarkan menyemak laporan kesalahan pemain lain dan menentukan sama ada mereka bersalah atau tidak.

Pemain yang layak akan mempunyai pilihan untuk menyemak kes Overwatch di profil mereka. Setiap kes yang disemak akan memberikan penyemak mata ketepatan dan pemain yang kerap melakukan kesilapan akan kehilangan akses kepada sistem ini.

Para pemain Dota 2 biasa juga menerima slot laporan khas bagi Overwatch berbeza dengan laporan komunikasi biasa.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments