Dota 2

Pasukan Assault Dibuang Keluar Dari DPC SEA Kerana Kes Perkongsian Akaun

4 bulan lalu

Pasukan Assault Dibuang Keluar Dari DPC SEA Kerana Kes Perkongsian Akaun

Selepas senarai pasukan yang berjaya melayakkan diri ke liga DPC Asia Tenggara (SEA) diumumkan tempoh hari, telah timbul khabar angin bahawa salah sebuah pasukan di divisyen bawah liga tersebut adalah pasukan palsu dimana pemain yang bertanding bukanlah pemain yang telah didaftarkan.

Dalam perkembangan terkini, PGL iaitu pengendali liga DPC SEA mengumumkan pasukan Assault telah disingkirkan kerana kesalahan perkongsian akaun. Oleh yang demikian, slot pasukan Assault di divisyen bawah tersebut akan digantikan oleh pasukan Army Geniuses. PGL bagaimanapun tidak mendedahkan perincian mengenai individu yang terlibat di dalam kes ini.

Khabar angin bagaimanapun menyatakan bahawa perlawanan pasukan Assault sebelum ini dimainkan oleh pemain Newbee yang baru-baru ini digantung seumur hidup oleh Valve. Kes ini dilaporkan adalah bertujuan bagi memberikan mereka kelebihan di dalam pertaruhan perlawanan. PGL bagaimanapun tidak mengesahkan ura-ura ini.

Menawarkan hadiah sebesar USD280,000, DPC SEA akan bermula pada 18 Januari ini.