CSGO

Kejohanan CS:GO Major Bakal Kembali Semula Selepas Dua Tahun, Bermula Di Stockholm

6 bulan lalu

Kejohanan CS:GO Major Bakal Kembali Semula Selepas Dua Tahun, Bermula Di Stockholm

Berita gembira tiba bagi para peminat permainan Counter-Strike: Global Offensive selepas Valve dan PGL mengumumkan penganjuran kejohanan PGL Major Stockholm 2021.

Kejohanan tersebut bakal dianjurkan pada bulan Oktober depan, sekitar dua tahun selepas kejohanan bertaraf major terakhir dianjurkan iaitu pada thaun 2019 lalu.

Tambah menarik lagi untuk pertama kalinya, kejohanan major ini bakal mengekalkan hadiah sebesar USD2 juta yang sebelum ini sepatutnya ditawarkan oleh kejohanan Rio Major yang telah dibatalkan, menjadikan ia kejohanan major CS:GO dengan hadiah tertinggi.

PGL turut menjanjikan siaran langsung dengan resolusi 4K 60fps melalui saluran Youtube mereka, sesuatu yang telah mereka mula lalukan sepanjang tahun lalu. Acara utama kejohanan akan dilangsungkan di Ericsson Globe pada 4 sehingga 7 November waktu tempatan dengan kehadiran penonton.