Dota 2

Dota 2 Dedah Perincian Mengenai Musim DPC 2021 Dan Liga Rantau

4 bulan lalu

Dota 2 Dedah Perincian Mengenai Musim DPC 2021 Dan Liga Rantau

Awal tahun 2020 lalu, Valve telah mendedahkan bahawa Dota 2 akan mengubah format musim kompetitif mereka selepas tamatnya kejohanan The International 10. Namun begitu, wabak COVID-19 menyebabkab kejohanan tersebut ditangguhkan dan perancangan tersebut terpaksa diubah.

Oleh yang demikian, musim kompetitif menjelang kejohanan The International 10 kini akan dimulakan semula pada tahun ini dengan format baharu tersebut. Bermula tahun 2021 ini, musim kompetitif Dota 2 akan dibahagikan kepada dua musim liga setiap tahun dengan setiap musim diakhiri dengan kejohanan Major.

Selepas tamanya musim kedua, pusingan kelayakan bagi kejohanan The International akan dilaksanakan. Berikut adalah jadual semasa musim kompetitif DPC bagi tahun 2021 ini (waktu Pasifik):

  • Musim 1
    • Liga: 18 Januari – 28 Februari (14 Mac di China kerana cuti perayaan)
    • Kejohanan Major 1: 25 Mac – 4 April
  • Musim 2
    • Liga: 13 April – 23 Mei
    • Major 2: 2 Jun – 13 Jun

Liga akan dianjurkan di enam rantau utama Dota 2 iaitu Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, CIS, China dan Asia Tenggara. Setiap liga ini akan dibahagikan kepada dua divisyen iaitu divisyen atas dan bawah. Pasukan terbaik di divisyen atas akan mara ke kejohanan Major disetiap akhir musim. Dua pasukan terbawah divisyen atas di akhir musim pula akan diturunkan ke divisyen bawah dengan dua pasukan terbaik divisyen bawah mengantikan mereka.

Bagi musim pertama tahun 2021 ini, pembahagian slot kejohanan major adalah seperti berikut:

  • Eropah: 4 Terbaik
  • China: 4 Terbaik
  • SEA: 3 Terbaik
  • CIS: 3 Terbaik
  • NA: 2 Terbaik
  • SA: 2 Terbaik

Musim liga dan kejohanan major akan memberikan mata kepada pasukan. 12 pasukan dengan mata tertinggi akan menerima 12 slot jemputan bagi kejohanan The International 10.

Segala perubahan yang diperkenalkan ini adalah bertujuan untuk memberikan kestabilan kepada arena komeptitif Dota 2 terutamanya bagi pasukan bawahan. Valve juga akan memperkenalkan kaedah untuk para peminat menyokong pasukan kegemaran mereka secara terus di dalam permainan melalui ‘Fan Support Bundles‘ yang dilihat akan menggunakan sistem perkongsian keuntungan. Para peminat juga akan boleh mendapatkan kesemua maklumat mengenai DPC dan menonton perlawanan secara terus di dalam klien permainan.

Akhir sekali, Valve juga dilihat masih merancang untuk menganjurkan kejohanan The International 10 di lokasi yang sama iaitu di Stockholm pada bulan Ogos tahun ini.