Esukan

TSM Adalah Organisasi Esukan Paling Bernilai Pada Tahun 2020 Menurut Forbes

4 bulan lalu

TSM Adalah Organisasi Esukan Paling Bernilai Pada Tahun 2020 Menurut Forbes

Forbes semalam telah berkongsikan senarai 10 syarikat atau organisasi esukan paling bernilai bagi tahun 2020. Mengungguli senarai tersebut adalah organisasi Team SoloMid (TSM) yang bernilai lebih USD410 juta (RM1.6 bilion).

Terkesan dengan penularan wabak COVID-19, industri esukan juga tidak terkecuali dengan bencana tersebut. Ini memperlihatkan nilai TSM meningkat hanya 3% berbanding kepada penilaian pada tahun 2019, amat rendah jika dibanding dengan peningkatan pada tahun lalu. Pada tahun lalu, TSM berkongsikan kedudukan pertama senarai ini bersama dengan organisasi Cloud9 pada nilai USD400 juta.

Forbes turut meanggarkan bahawa TSM memperoleh keuntungan mencapai nilai USD45 juta pada tahun ini dengan 50% daripadanya adalah dari esukan.

Berikt adalah senarai penuh organisasi esukan paling bernilai pada tahun 2020 oleh Forbes:

  1. Team SoloMid (USD 410 juta, + 3% yoy)
    • Kedudukan 2019 : 1
    • Nilai 2019 : USD 400 juta
    • Anggaran keuntungan 2020 : USD 45 juta
  2. Cloud9 (USD 350 juta, -13% yoy)
    • Kedudukan 2019 : 1
    • Nilai 2019: USD 400 juta
    • Anggaran keuntungan 2020: USD 30 juta
  3. Team Liquid (USD 310 juta, -3% yoy)
    • Kedudukan 2019 : 3
    • Nilai 2019 : USD 320 juta
    • Anggaran keuntungan 2020 : USD 28 juta
  4. FaZe Clan (USD 305 juta, +27% yoy)
    • Kedudukan 2019 : 4
    • Nilai 2019 : USD 240 juta
    • Anggaran keuntungan 2020 : USD 40 juta
  5. 100 Thieves (USD 190 juta, +19% yoy)
    • Kedudukan 2019 : 10
    • Nilai 2019 : USD 160 juta
    • Anggaran keuntungan 2020 : USD 16 juta
  6. Gen.G (USD 185 juta, 0% yoy)
    • Kedudukan 2019 : 6
    • Nilai 2019 : USD 185 juta
    • Anggaran keuntungan 2020 : USD 14 juta
  7. Enthusiast Gaming (USD 180 juta)
    • Kedudukan 2019 : Tidak tersenarai
    • Nilai 2019 : Tidak tersenarai
    • Anggaran keuntungan 2020 : USD 95 juta
  8. G2 Esports (USD 175 juta, +6% yoy)
    • Kedudukan 2019 : 9
    • Nilai 2019 : USD 165 juta
    • Anggaran keuntungan 2020 : USD 19 juta
  9. NRG Esports (USD 155 juta, +3% yoy)
    • Kedudukan 2019 : 11
    • Nilai 2019 : USD 150 juta
    • Anggaran keuntungan 2020 : USD 20 juta
  10. T1 (USD 150 juta)
    • Kedudukan 2019 : Tidak tersenaarai
    • Nilai 2019 : Tidak tersenarai
    • Anggaran keuntungan 2020 : USD 15 juta

Sumber: Forbes