FIFA Tempatan

Felda United Benam Kedah Untuk Menjuarai Kejohanan ePiala Malaysia 2020

2 bulan lalu

Felda United Benam Kedah Untuk Menjuarai Kejohanan ePiala Malaysia 2020

Sepanjang awal Disember ini telah berlangsungnya penganjuran musim kedua bagi kejohanan TM ePiala Malaysia. 16 pemain FIFA terbaik di Malaysia yang mara dari pusingan kelayakan telah bertanding mewakili kelab bolasepak yang bertanding di kejohanan Piala Malaysia.

Semalam telah berlangsungnya perlawanan akhir kejohanan ePiala Malaysia tersebut diantara pasukan Felda United FC dan Kedah. Pasukan Felda United FC diwakili oleh Roshand Shane manakala pasukan Kedah diwakili oleh Muhammad Imran Burhanudeen “Imrandeen”.

Baca Juga :   Lembaga Permainan Belanda Dapati Kotak Tikam Langgar Undang Undang Perjudian - Arah Pembangun Buang Segera

Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan memihak kepada Felda United FC dengan keputusan 3-0 (2-0, 1-0). Ini menjadikan Felda United FC sebagai juara kedua ePiala Malaysia selepas Terengganu menjuarai edisi 2019 lalu.

Sumber: eMFL

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments