CSGO

Peta, Kostum Dan Mod Permainan Baharu Antara Yang Hadir Pada Operasi Terbaru CS:GO, Broken Fang

2 bulan lalu

Peta, Kostum Dan Mod Permainan Baharu Antara Yang Hadir Pada Operasi Terbaru CS:GO, Broken Fang

Counter-Strike: Global Offensive hari ini hadir dengan operasi terbaru bagi permainan tersebut, ‘Broken Fang’ membawakan pelbagai perkara baharu seperti kostum, peta, mod permainan dan termasuklah beberapa perkara eksklusif bagi pemilik pas operasi tersebut.

Bagi pemilik pas, pemain kini boleh menggunakan Broken Fang Premier dimana mereka boleh memainkan permainan kompetitif dengan pilihan untuk mengharamkan peta sebelum permainan bermula. Dengan pas ini juga, pemain boleh menjejak statistik permainan mereka dengan lebih terperinci.

Sepanjang operasi ini berlangsung, pemain akan menerima misi terbaru setiap minggu dengan bermain permainan Kasual, Kompetitif, Danger Zone, Guardian, dan dua mod baharu permainan, Retakes dan Broken Fang Premier. Retakes merupakan mod permainan pantas dimana tiga Terrorist perlu mempertahankan bom berhadapan dengan empat Counter Terrorist.

Operasi ini juga membawakan tujuh peta baharu ke dalam permainan termasuklah peta Ancient yang menyerupai peta klasik Aztec. Pemain juga boleh memainkan lima peta yang dihasilkan komuniti termasuklah Apollo, Guard, Engage, Elysion dan Frostbite.

Dari segi fungsi pula, kemaskini ini memperkenalkan ‘Chatwheel’ dimana pemain kini boleh berkomunikasi dengan lebih pantas menerusi ping. Dan seperti biasa, kemaskini ini membawakan pelbagai kosmetik baharu bagi agen, senjata, patch, pelekat dan grafiti.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments