FIFA Tempatan

Kejohanan TM ePiala Malaysia Kembali Untuk Musim Kedua

5 bulan lalu

Kejohanan TM ePiala Malaysia Kembali Untuk Musim Kedua

Lanjutan daripada kejayaan penganjuran edisi sulung pada tahun lalu, Malaysian Football League (MFL) dan Gamesbond kini mengumumkan bahawa mereka bakal kembali menganjuran kejohanan TM ePiala Malaysia bagi musim kedua bermula pada bulan November ini.

Edisi kali ini akan diadakan dengan format baharu dimana ia terbuka kepada para pemain amatur tempatan. Seramai 256 pemain amatur akan bertanding di dalam pusingan kelayakan dengan 16 pemain terbaik akan mara ke pusingan akhir.

Di pusingan akhir ini, para pemain ini akan mewakili pasukan di Piala Malaysia 2020 iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah, Terengganu FC, Perak, Selangor, UiTM FC, PJ City FC, Pahang, Melaka, Sabah, Felda United FC, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kuching FA, Kelantan, dan Kelantan United FC.

Pusingan akhir ini ePiala Malaysia juga akan turut menggunakan format pertandingan yang sama dengan menggunakan format yang sama seperti TM Piala Malaysia. Pusingan kelayakan akan bermula pada 22 November ini manakala pusingan akhir kejohanan akan dilangsungkan pada 1 sehingga 1 Disember depan menawarkan hadiah berjumlah RM5,000.

Kesemua perlawanan akan disiarkan secara langsung melalui laman Facebook MFL bermula jam 7.45 malam pada hari perlawanan. Para pemain permainan FIFA yang mahu menyertai kejohanan ini boleh membuat pendaftaran di pautan https://bit.ly/ePM20Reg.

Pasukan Terengganu FC yang diwakili oleh Muhammad Luqman Haziq Hajiman (LuqmanHzq) adalah juara bertahan selepas menjuarai musim pertama ePiala Malaysia 2019. Pasukan Terengganu juga merupakan juara kejohanan eMalaysian Football League (eMFL) pada bulan Julai 2020 lalu diwakili oleh Muhammad Faiz Hariry (Favlain).