Mobile Legends Tempatan

Acara Mobile Legends All Star Showmatch Bakal Menampilkan Artis Dan Personaliti Esukan Ternama Negara

2 bulan lalu

Acara Mobile Legends All Star Showmatch Bakal Menampilkan Artis Dan Personaliti Esukan Ternama Negara

Untuk pertama kalinya pada 21 November ini Moonton bakal menganjurkan acara Mobile Legends: Bang Bang All Star Showmatch Malaysia yang melibatkan artis dan personaliti esukan popular tempatan.

Di acara pertunjukkan ini, dua artis ternama iaitu Naim Daniel dan Shalma Eliana bakal mengetuai pasukan masing-masing untuk bertarung di dalam permainan Mobile Legends Bang Bang. Kedua-dua pasukan ini akan turut dibarisi oleh pemain profeisonal, personaliti permainan dan esukan popular tempatan. Berikut adalah senarai pemain yang terlibat:

  • Pasukan Naim: Naim Daniel, Penjahat, Feekz, Le Josette & Masterramen
  • Pasukan Shalma: Shalma Eliana, Soloz, Xorn, Fiera Fendi & Fattahzi

Naim Daniel dan Shalma Eliana juga telah bersatu menyanyikan lagu tema baharu bertajuk “Bring it on!” yang dihasilkan khas untuk acara ini. Tambah memeriahkan majlis, Mobile Legends All Star Showmatch akan turut mengadakan persembahan kosplay khas watak-watak dalam permainan. Para penonton juga berpeluang untuk memenangi sehingga 5 juta kod hadiah sepanjang acara berlangsung bagi menebus pelbagai item dalam permainan seperti Alucard Obsidian Blade, Gord the Conqueror dan Gusion Cosmic Gleam.

Baca Juga :   Miya Dan Alucard, Dua Hero MLBB Pertama Terima Perubahan Di Dalam Project NEXT

Mobile Legends: Bang Bang All Star Showmatch Malaysia akan bersiaran secara langsung pada 21 November ini bermula pada pukul 7 petang di laman sosial rasmi MLBB di Facebook, YouTube dan TikTok. Ia juga akan disiarkan di saluran televisyen Astro Arena dan eGG Network.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments