Dota 2

Iceiceice Menyertai Evil Geniuses Mengantikan Posisi Ramzes666

3 minggu lalu

Iceiceice Menyertai Evil Geniuses Mengantikan Posisi Ramzes666

Pada 6 November yang lalu, Evil Geniuses mengumumkan bahawa pemain di posisi 3 mereka, Roman “RAMZES666” Kushnarev telah diletakkan ke bangku simpanan.

Terkini, Evil Geniuses akhirnya hadir dengan penganti baharu bagi memegang posisi kosong tersebut dan beliau adalah pemain ternama di Asia Tenggara, Daryl Koh “iceiceice” Pei Xiang. Iceiceice sebelum ini bermain bagi pasukan Fnatic semenjak dari tahun 2018 yang lalu.

Beliau mengemudi pasukan tersebut sebagai kapten sehinggalah bulan September lalu, dimana beliau mengumumkan tempoh rehat sementara. Walaupun sebelum ini beliau telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau hanya mahu bermain di Asia Tenggara atau China sahaja kerana telah berkeluarga, beliau kini telah berubah fikiran dan bersedia untuk terbang bermain di rantau Amerika Utara.

Evil Geniuses

  1. Artour “Arteezy” Babaev
  2. Abed “Abed” Yusop
  3. Daryl Koh “iceiceice” Pei Xiang
  4. Andreas “Cr1t-” Nielsen
  5. Tal “Fly” Aizik

Sementara itu, walaupun secara rasminya Ramzes masih berada di bawah naungan Evil Geniuses, beliau dilihat telah menubuhkan pasukan bersama dengan pemain ternama seperti Sumail, Solo dan No[o]ne iaitu Justerror dan telah menyertai kejohanan EPIC League.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments