Call of Duty Liga Call of Duty

Hector ‘H3CZ’ Rodriguez Mengambilalih Semula Jenama OpTic Gaming Daripada Immortals Gaming Club

3 minggu lalu

Hector ‘H3CZ’ Rodriguez Mengambilalih Semula Jenama OpTic Gaming Daripada Immortals Gaming Club

Pengasas kepada OpTic Gaming, Hector ‘H3CZ’ Rodriguez hari ini secara rasminya mengumumkan bahawa jenama OpTic Gaming kembali menjadi milik beliau selepas mengambilalihnya daripada Immortals Gaming Club.

OpTic Gaming menjadi milik Immortals Gaming Club pada tahun 2019 lalu selepas IGC mengambilalih syarikat Infinite Esports, ibu syarikat kepada OpTic Gaming. H3CZ yang pada ketika ini masih bersama dengan organisasi tersebut kemudiannya meninggalkan organisasi tersebut dan menyertai NRG Esports.

Pengambilalihan OpTic Gaming oleh ICG menerima kritikan ramai dan kebanyakkan peminat mengikut jejak langkah H3CZ berpindah ke NRG Esports. Dengan kembalinya jenama OpTic Gaming ke tangan H3CZ, pasukan milik NRG Esports di Liga Call of Duty, Chicago Huntsmen kini turut dijenamakan semula kepada Chicago OpTic.

OpTic Gaming sudah sedia terkenal dengan permainan Call of Duty dan berita terbaru ini memberikan kegembiraan kepada para peminat pasukan tersebut, melihat mereka kembali bertanding di bawah jenama tersebut.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments