Esukan Tempatan

SUKMA XX Johor Ditangguhkan Sekali Lagi – Bakal Dianjurkan Pada Tahun 2022

3 bulan lalu

SUKMA XX Johor Ditangguhkan Sekali Lagi – Bakal Dianjurkan Pada Tahun 2022

Akibat daripada penularan wabak COVID-19 yang kini mencapai gelombang ketiga di Malaysia, kerajaan negeri Johor telah memohon kepada Majlis JawatanKuasa Tertinggi Sukan Malaysia untuk sekali lagi menangguhkan penganjuran Sukan Malaysia XX.

Oleh yang demikian, temasya tersebut kini ditangguhkan ke tahun 2022 kelak. Jawatankuasa Teknikal Sukan Malaysia dan Para SUKMA juga akan meneliti dan mecadangkan semula peraturan mengenai had umur, kelayakan penyertaan dan sebagainya yang terkesan dengan penangguhan ini di mensyuarat akan datang.

Baca Juga :   Sukan Asia 2018 Jakarta - Pelembang Dilaporkan Bakal Mempertandingkan 6 Judul Permainan E-sukan

SUKMA XX Johor bakal menganjurkan tiga permainan esukan sebagai sukan berpingat di temasya ini iaitu Dota 2, Mobile Legends Bang Bang dan Pro Evolution Soccer (PES).

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments