Wild Rift

Wild Rift Akan Mulai Menghalang Pengguna VPN Dari Mengakses Permainan

6 bulan lalu

Wild Rift Akan Mulai Menghalang Pengguna VPN Dari Mengakses Permainan

League of Legends merupakan salah sebuah permainan paling popular di dunia dan oleh yang demikian, apabila versi mudah alih permainan tersebut, Wild Rift dilancarkan, ramai mahu segera memainkannya.

Namun pada ketika ini akses permainan adalah terhad kepada beberapa rantau sahaja kerana ia masih berada di dalam fasa ujian beta. Tidak sabar menunggu, para pemain dari negara yang tidak terlibat mulai menggunakan VPN untuk mengakses permainan tersebut.

Kini, Riot Games mengumumkan bahawa mereka bakal menghalang pengguna VPN dari mengakses permainan itu. Menurut mereka, penggunaan VPN ini telah mengakibatkan pemain dari rantau terlibat mengalami masalah ping tinggi dan hubungan yang tidak stabil.

Namun begitu, halangan VPN ini tidak melibatkan para pemain dari rantau terlibat dan mereka masih boleh mengunakan VPN seperti biasa.