Call of Duty Liga Call of Duty

100 Thieves Menyertai Liga Call of Duty Selepas Membeli Slot OpTic Gaming

5 bulan lalu

100 Thieves Menyertai Liga Call of Duty Selepas Membeli Slot OpTic Gaming

Francais Liga Call of Duty bakal mempunyai pendatang baharu pada musim hadapan apabila organisasi 100 Thieves kini sah telah membeli slot pasukan OpTic Gaming daripada Immortals Gaming Club (IGC).

Pasukan milik 100 Thieves bakal menggunakan nama LA Thieves di francais tersebut. Pada ketika ini, empat orang pemain telah disahkan telah menyertai pasukan baharu ini iaitu TJHaLy, Kenny, SlasheR dan pemain simpanan Drazah.

Pemain utama keempat pasukan bagaimanapun masih lagi belum diumumkan.