League of Legends

Acara League of Legends All-Star 2020 Bakal Berlangung Secara Dalam Talian Disember Ini

4 bulan lalu

Acara League of Legends All-Star 2020 Bakal Berlangung Secara Dalam Talian Disember Ini

Mengakhiri musim kompetitif League of Legends tahun ini, acara League of Legends All-Star dilangsung Disember depan dengan beberapa perubahan format bagi menyesuaikannya dengan penganjuran secara dalam talian.

Tahun ini, acara All Star ini akan mempunyai dua pentas utama pertandingan iaitu Underdog Uprising dan Superstar Showdown. Acara ini akan berlangsung selama dua hari bermula pada 18 sehingga 20 Disember.

Pada 18 Disember, acara akan dimulakan dengan pentas Underdog Uprising iaitu pertandingan diantara rantau berjiran dimana rantau-rantau kecil menentang rantau terkuat. Pasukan yang bertanding pula akan dipilih oleh para peminat.

Bermula pada 19 sehingga 20 Disember pula, pentas Superstar Showdown akan berlangsung mempertandingkan pasukan terbaik dari LCK, LCS, LEC dan LPL. Beberapa kategori akan dimainkan seperti All Stars, Legends dan Queue King, melibatkan pemain profesional, veteran dan personaliti League of Legends.

Acara ini akan disiarkan di laman lolesports.com dan proses pengundian juga akan diumumkan di dalam masa terdekat di laman tersebut.

Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *