Esukan Tempatan

ServerDNA 5 Bakal Dianjurkan Disember Ini Secara Dalam Talian

4 minggu lalu

ServerDNA 5 Bakal Dianjurkan Disember Ini Secara Dalam Talian

Salah sebuah konvensyen terbesar di Malaysia bagi golongan gamer, ServerDNA bakal kembali pada bulan Disember ini dengan pelbagai aktiviti dan bual-bicara mengenai industri permainan tempatan.

ServerDNA5: The Celebration of Gamers, bakal dianjurkan secara dalam talian selama dua hari pada 05 dan 06 Disember 2020. Acara kali ini akan melibatkan pelbagai aktiviti seperti sesi permainan, persembahan, bual-bicara industri dan hadiah bernilai lebih RM200 ribu.

Bagi sesi bual-bicara, ia akan merangkumi pelbagai topik termasuklah arena esukan profesional, penciptaan kandungan permainan, teknologi dan pembangunan semasa industri.

Penganjur mensasarkan acara kali ini mampu menarik lebih 10,000 peserta terutamnya selepas acara serverDNA Live! Online mereka pada bulan Jun lepas berjaya meraih lebih 5,000 peserta.

Pendaftaran bagi ServerDNA5 boleh dilakukan di laman rasmi mereka di serverdna.asia.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments