PUBG Mobile

PUBG Mobile Akan Menyiarkan Acara Perlawanan Santai Bersama Dengan Blackpink

4 bulan lalu

PUBG Mobile Akan Menyiarkan Acara Perlawanan Santai Bersama Dengan Blackpink

Sekitar sebulan yang lalu, PUBG Mobile dan BLACKPINK telah mengumumkan kerjasama dimana pelbagai kandungan khas bertemakan kumpulan K-pop popular tersebut telah ditambah masuk ke dalam permainan.

Walaupun acara di dalam permainan tersebut menarik minat ramai, apa yang dinanti-nantikan peminat adalah untuk melihat selebriti kegemaran mereka turut bermain permainan kegemaran mereka atau mungkin peluang untuk turut bermain bersama-sama.

Hal ini bakal menjadi realiti apabila PUBG Mobile kini rasmi bakal menyiarkan rakaman acara pertunjukan khas pada 13 November depan bersama dengan BLACKPINK. Mereka telah menyertai perlawanan santai, memainkan PUBG Mobile di acara tersebut.

Selain daripada BLACKPINK, penyanyi dari kumpulan Super Junior, Kim Heechul juga telah hadir sebagai juruacara majlis. Mereka akan dilengkapkan dengan kehadiran penstrim popular Korea Selatan iaitu DDEDDEDDEDDE dan BEENU.

Siaran acara ini akan disiarkan melalui laman Youtube dan Facebook bagi PUBG Mobile.

https://www.youtube.com/watch?v=qrfcQ_yzOTA
Tinggalkan komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *