Valve

Valve Bakal Melancarkan Gnome Dari Half-Life Ke Angkasa Untuk Acara Amal

4 minggu lalu

Valve Bakal Melancarkan Gnome Dari Half-Life Ke Angkasa Untuk Acara Amal

Di dalam permainan Half-Life 2: Episode Two, pemain boleh mendapatkan pencapaian khas dengan meletakkan Gnome Chompski ke dalam roket dan melancarkannya ke angkasa.

Hari ini, Gnome Chompski tersebut bakal terbang ke angkasa secara realiti apabila Gabe Newell mengumumkan bahawa beliau telah bekerjasama dengan syarikat Weta Workshop dan Rocket Lab bagi merealisasikan perkara tersebut sebagai sebuah acara amal bagi Unit Rawatan Rapi Pediatrik di Hospital Starship di New Zealand.

Bagi setiap orang yang menonton siaran langsung acara ini, Gabe Newell akan menderma 1 dolar kepada acara amal tersebut. Roket tersebut dirancang untuk dilancarkan dalam tempoh 14 hari selepas 15 November depan. Ia akan disiarkan di laman web Rocket Lab di pautan ini. Tarikh pelancarannya pula akan dikemaskini di pautan ini.

Sumber: GamesRadar

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments