League of Legends

Riot Games Umum 10 Pasukan Yang Telah Diterima Masuk Ke Dalam Francais Liga LCK

4 bulan lalu

Riot Games Umum 10 Pasukan Yang Telah Diterima Masuk Ke Dalam Francais Liga LCK

Riot Games pada bulan April yang lalu telah mengumumkan bahawa liga League of Legends Champions Korea (LCK) akan mengikut jejak langkah liga LCS, LEC dan LPL dengan bertukar kepada modal liga berfrancais bermula pada musim 2021 kelak.

Semenjak daripada itu, Riot Games telah membuka permohonan daripada pasukan dan organisasi yang berminat untuk menyertainya. Pada bulan Ogos lalu, Riot Games mengumumkan 10 pasukan pilihan utama mereka dan hari ini, kesemua 10 pasukan tersebut sah telah diterima masuk ke dalam francais.

Pasukan-pasukan tersebut adalah:

  • hyFresh Blade (Brion Esports)
  • Sandbox Gaming
  • Afreeca Freecs
  • Damwon Gaming (AD Esports)
  • KT Rolster (KT Sports)
  • Team Dynamics
  • Hanwha Life Esports (Hanwha Life Insurance)
  • DRX
  • Gen.G Esports
  • T1 (SK Telecom T1)

Kesemua pasukan juga telah membayar yuran kemasukan awalan. Jumlah bayaran bagi slot francais ini adalah sebesar USD8.8 juta bagi pasukan yang sedia telah menyertai LCS dan USD10.6 juta bagi pasukan baharu iaitu hyFresh Blade. Bayaran ini perlu dibayar di dalam tempoh lima tahun.

Apabila musim 2021 bermula kelak, sistem liga akan berubah dengan ketiadaan proses penaiktarafan pasukan dan relegasi dan liga LoL Challengers Korea akan dimansuhkan dan ditukar kepada Liga Akademi yang wajib disertai organisasi LCK bagi pembangunan bakat baharu tempatan.

Para pemain di LCK juga akan menerima gaji minimum sebesar USD52 ribu dengan sistem baharu ini iaitu lebih tinggi berbanding liga sukan lainnya di Korea Selatan menrut Riot Games.

Sumber: The Korea Herald

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments