League of Legends

Pasukan League of Legends T1 Menjadi Tetamu Rancangan Realiti Run BTS

5 bulan lalu

Pasukan League of Legends T1 Menjadi Tetamu Rancangan Realiti Run BTS

Duo ikon global popular dari Korea Selatan bakal bersatu apabila mereka mengumumkan kerjasama hari ini. Pasukan League of Legends T1 didedahkan telah menghadiri rakaman rancangan realiti Run BTS iaitu siri web oleh kumpulan K-pop popular BTS.

Ketika rakaman, mereka dilaporkan melakukan pelbagai aktiviti bersama seperti menyanyi dan menari selain daripada turut bermain permainan League of Legends.

Episod ini akan dijadualkan untuk bersiaran pada 3 dan 10 November depan di platform WeVerse dan Vlive.

384

Sumber: Inven