Esukan

Ruined King, Sebuah Lagi Permainan Di Bawah Jenama League of Legends Akan Dilancarkan Pada Tahun 2021

1 bulan lalu

Ruined King, Sebuah Lagi Permainan Di Bawah Jenama League of Legends Akan Dilancarkan Pada Tahun 2021

Di siaran langsung perlawanan akhir kejohanan Worlds 2020 hari ini, Riot Games telah berkongsikan video acah bagi permainan terbaru mereka iaitu Ruined King: A League of Legends Story.

Ruined King adalah permainan turn-based RPG yang dibangunkan oleh Airship Syndicate dibawah label Riot Forge yang ditubuhkan pada ulang tahun ke-10 League of Legends tahun lalu. Ia merupakan permainan penceritaan didalam dunia dan peribudaya Runetera.

Di dalam permainan ini, pemain akan memainkan wira-wira dari semesta Runetera iaitu Miss Fortune, Illaoi, Braum, Yasuo, Ahri dan Pyke dan menerokai Bilgewater, belayar ke kepulauan Shadow Isles bagi mendedahkan rahsia disebalik kabus misteri ‘Black Mist’ di situ.

Di pengumuman ini, Riot Forge telah mengesahkan bahawa ia akan dilancarkan kepada umum pada awal tahun 2021 kelak untuk platform, Nintendo Switch, Playstation 4, Playstaion 5, XBOX Series X dan S dan bagi platform PC menerusi Steam dan Epic Games Store.

Lebih banyak maklumat mengenai permainan ini akan dikongsikan pada bulan Disember depan.

Layari: Ruined King

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments