League of Legends Perkakasan

Riot Games Bekerjasama Dengan Logitech G Dan Secretlabs Hasilkan Perkakasan Bertemakan K/DA

4 minggu lalu

Riot Games Bekerjasama Dengan Logitech G Dan Secretlabs Hasilkan Perkakasan Bertemakan K/DA

Riot Games meneruskan lagi promosi bagi kumpulan muzik maya K/DA bersempena dengan tibanya album terbaru mereka.

Kali ini, Riot Games mengumumkan kerjasama bersama dengan Logitech, untuk hadir dengan barisan perkakasan komputer bertemakan K/DA. Sebanyak empat buah perkakasan yang terlibat di dalam promosi ini adalah fon telinga G333, fon kepala G733, tetikus tanpa wayar G733 dan pad tetikus G840.

Pada ketika ini, ia hanya ditawarkan di China sahaja iaitu lokasi penganjuran kejohanan Worlds 2020. Namun bagitu, Logitech mengesahkan bahawa ia akan turut dilancarkan di rantau-rantau lain pada separuh pertama tahun 2021.

Selain daripada Logitech, Riot Games juga telah bekerjasama dengan Secretlab bagi melancarkan kerusi gaming bertemakan K/DA dengan dua jenis iaitu K/DA ALL OUT dan K/DA Popstar. Sebagai rakan kerjasama ramsi, Secretlab juga menawarkan pelbagai rekaan lain bertemakan League of Legends.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments