League of Legends

Damwon Gaming Adalah Juara Worlds 2020 – Bawa Korea Kembali Ke Puncak Dunia

1 bulan lalu

Damwon Gaming Adalah Juara Worlds 2020 – Bawa Korea Kembali Ke Puncak Dunia

Korean overlords kembali! Selepas dua tahun menetap di China, The Summoner’s Cup akan kembali pulang ke Korea Selatan di bawa oleh Damwon Gaming, juara kejohanan League of Legends Worlds 2020.

Di perlawanan akhir kejohanan yang berlangsung di hadapan lebih 6000 penonton di Stadium Pudong, Shanghai, pasukan Damwon Gaming berjaya membenam pasukan Suning, pasukan dari China yang merupakan harapan terakhir penyokong tempatan.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 3-1. Pemain Damwon Gaming, Kim “Canyon” Geon-bu juga telah diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan akhir tersebut.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments