Dota 2

Selepas 7 Tahun Acara Halloween Bagi Dota 2, Diretide Kini Kembali

9 bulan lalu

Selepas 7 Tahun Acara Halloween Bagi Dota 2, Diretide Kini Kembali

Bersempena dengan sambutan Halloween, acara yang dinanti-nantikan pemain Dota 2 iatu Diretide kini kembali bermula hari ini.

Ini merupakan kali pertama acara tersebut dianjurkan semula selepas kali terakhir ia diadakan pada tahun 2013 lalu. Acara ini akan berlanjutan sehingga 22 Disember depan.

Seperti biasa, acara khas ini menawarkan pelbagai hadiah,set baharu bagi hero-hero dan juga mod permainan khas, ‘The Foultivities’ dimana pemain perlu mengmpul dan mencuri gula-gula dari musuh. Pemain juga boleh mengumpul mata ‘Diretide’ dengan bermain mod permainan ini dan juga mod permainan biasa.