Wild Rift

Beta Terbuka Bagi Wild Rift Untuk Android Dan iOS Kini Bermula Di Malaysia

1 bulan lalu

Beta Terbuka Bagi Wild Rift Untuk Android Dan iOS Kini Bermula Di Malaysia

Bermula pada hari ini, fasa ujian beta terbuka bagi permainan League of Legends: Wild Rift telah bermula bagi beberapa negara di rantau terpilih, dan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang terlibat.

Para pemain di Malaysia kini boleh memuat-turun Wild Rift di gedung aplikasi Apple App Store dan Google Play Store secara percuma. Pada ketika ini, terdapat lebih 40 wira yang boleh dimainkan di dalam permainan ini seperti Ahri, Ashe, Lee Sin, Garen dan banyak lagi.

Pastikan anda turut mencipta akaun Riot Games bagi mendapatkan ganjaran khas pada masa mendatang. Selain itu, Riot Games juga telah mengesahkan bahawa Wild Rift akan turut terlibat dengan acara khas bersempena dengan pelancaran album ALL OUT oleh K/DA tidak lama lagi.

Nantikan siri kostum dalam permainan khas bagi karekter ahli kumpulan muzik tersebut di acara tersebut. Namun begitu, memandangkan ini adalah fasa ujian beta, pastikan anda melaporkan sebarang pepijat yang ditemui di dalam permainan.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments