Mobile Legends

Rampas Kembali Dari Singapura – Todak Adalah Juara MPL MY/SG Musim Ke-6

9 bulan lalu

Rampas Kembali Dari Singapura – Todak Adalah Juara MPL MY/SG Musim Ke-6

Musim ini 100 peratus milik Todak! Menamatkan musim tetap di puncak liga, pasukan Todak terus bergaya di pusingan akhir liga, menewaskan kesemua lawan mereka untuk meraih takhta kejuaraan MPL MY/SG musim ini.

Di perlawanan akhir liga semalam, Todak membenam gergasi Singapura, EVOS Esports SG dengan keputusan 3-1. Tambah manis lagi, sepanjang musim ini, Todak tidak tewas walau satu siri perlawanan, menjadikan mereka satu-satunya pasukan di dalam sejarah MPL MY/SG yang berjaya melakukannya.

Ciku daripada pasukan Todak juga telah diangkat sebagai pemain terbaik bagi pusingan akhir liga.

Foto : MPL MY/SG / Moonton