Tempatan

GSC Cinemas Kini Menawarkan Promosi Khas Untuk Gamer! – Main Game Di Skrin Besar Pawagam

1 bulan lalu

GSC Cinemas Kini Menawarkan Promosi Khas Untuk Gamer! – Main Game Di Skrin Besar Pawagam

Rangkaian pawagam GSC Cinemas hari ini telah mengumumkan penawaran pakej khas untuk bermain permainan di pawagam terpilih.

Sah sehingga 31 Disember depan, GSC menawarkan dua pakej kepada umum bermula pada harga RM188 untuk tiga jam sesi permainan dan RM350 untuk tiga jam sesi permainan beserta dengan makanan dan minuman.

Para penyewa juga boleh menambah add-on khas bagi melanjutkan masa permaina. Namun begitu, para pengguna perlu membawa sendiri konsol permainan masing-masing. Pada ketika ini, promosi ini ditawarkan di GSC Queensbay Mall, GSC Ipoh Parade, GSC AEON Melaka dan GSC Paradigm Johor.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments