Wild Rift

Akali, Kai’Sa Dan Seraphine Antara Champion Yang Kini Boleh Dimainkan Di Wild Rift Untuk Tempoh Terhad

1 bulan lalu

Akali, Kai’Sa Dan Seraphine Antara Champion Yang Kini Boleh Dimainkan Di Wild Rift Untuk Tempoh Terhad

Menghampiri fasa ujian beta terbuka pada 27 Oktober ini, Wild Rift hari ini memperkenalkan kemaksini 1.0 bagi bersiap-sedia menghadapainya.

Wild Rift secara rasminya memperkenalkan Lee Sin yang ditambah masuk ke dalam permainan dua hari lalu sebagai champion rasmi permainan. Selain daripada itu, Wild Rift turut hadir dengan 6 champion pratonton untuk diuji buat sementara waktu iaitu Akali, Darius, Draven, Evelynn, Kai’Sa dan champion terbaru League of Legends iaitu Seraphine.

Keenam-enam wira pratonton ini boleh diuji sehingga 27 Oktober ini, iaitu hari bermulanya beta terbuka di Malaysia.

Seperti biasa, kemaskini ini juga membawakan pelbagai penambahbaikan seperti pembetulan pepijat gpu dan exploit pada item Guardian Angel. Riot Games juga telah mengemaskini sistem pengesanan AFK bagi memberikan hukuman yang lebih ringan kepada pemain, bagi memastikan pemain yang menghadapi masalah pada fasa ujian beta ini tidak dihukum terlalu berat.

Nota lengkap kemaskini ini boleh dibaca pada pautan ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments