Penstriman Twitch

Ramai Penstrim Di Twitch Terima Notis Amaran DMCA Hari Ini Kerana Isu Pelanggaran Hak Cipta

1 bulan lalu

Ramai Penstrim Di Twitch Terima Notis Amaran DMCA Hari Ini Kerana Isu Pelanggaran Hak Cipta

Lanjutan daripada isu tuntutan hak cipta pada pertengahan tahun lalu, Twitch hari ini telah menghantar notis amaran kepada ramai penstrim di laman tersebut mengenai pelanggaran hak cipta pada kandungan strim mereka.

Twitch juga telah memadam kandungan yang dituntut secara automatik, tanpa memaklumkan secara terperinci mengenai kesalahan yang dituduh menyebabkan ramai menyuarakan rungutan akan tingkah laku Twitch ini.

Menurut Twitch, notis amaran Digital Millennium Copyright Act (DMCA) ini adalah lanjutan daripada kes pada pertengahan tahun lalu, dimana selepas mereka menerima banyak tuntutan secara serentak daripada pemilik hak cipta, mereka mengambil keputusan untuk menghentikan tindakan buat seketika pada ketika itu bagi membolehkan pengguna mereka menguruskan kandungan mereka dan menghentikan penggunaan muzik tanpa lesen.

Selepas hadir dengan beberapa fungsi bagi membolehkan penstrim menguruskan kandungan mereka seperti pengurusan klip, aplikasi Soundtrack semalam, Twitch menghantar notis amaran kepada penstrim hari ini sebagai peringatan terakhir sebelum mereka menyambung dan memulakan proses tuntutan DMCA normal iaitu sekiranya penstrim didapati melanggar hakcipta, akaun mereka boleh digantung sama seperti yang dilakukan laman Youtube.

Proses tuntutan normal tersebut akan bermula pada 24 Okotber ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments