Penstriman

Versi Beta Bagi Twitch Soundtrack Kini Boleh Digunakan Semua – Main Muzik Ketika Strim Tanpa Risau DMCA

2 bulan lalu

Versi Beta Bagi Twitch Soundtrack Kini Boleh Digunakan Semua – Main Muzik Ketika Strim Tanpa Risau DMCA

Pada pertengahan tahun lalu, para penstrim di laman Twitch gusar apabila ramai diantara mereka telah menerima notis DMCA (The Digital Millennium Copyright Act) kerana memainkan lagu tanpa kebenaran ketika melakukan strim.

Ramai penstrim memainkan lagu semasa bermain bagi membantu menjadikan strim tidak bosan dan mempnyai mood tersendiri. Bagi mengatasi masalah ini, Twitch baru-baru ini telah memperkenalkan Soundtrack iaitu koleksi lagu yang bebas untuk digunakan penstrim di laman tersebut dengan percuma.

Selepas mengujinya secara tertutup untuk seketika, ia kini boleh digunakan umum. Dengan memuat-turun aplikasi soundtrack, penstrim boleh memainkan lagu semasa melakukan strim tanpa risau akan notis DMCA. Kesemua lagu yang disediakan telah dilesenkan kepada Twitch dan sah untuk kegunaan global.

Namun begitu, lesen tersebut terhad bagi penggunaan di laman Twitch sahaja. Dengan ramai penstrim memuat-naik rakaman strim mereka ke laman lain seperti Youtube dan laman media sosial, ini adalah penting bagi mereka untuk tidak menggunakan muzik tanpa lesen bagi membolehkan mereka mengewangkan kandungan yang dihasilkan di kesemua platform.

Namun perkara tersebut juga bukanlah satu masalah kini kerana melalui aplikasi Sountrack ini, kandungan strim utama dan strim muzik adalah melalui dua sumber runut yang berbeza. Muzik yang dimainkan tidak ditranskod kedalam strim namun dimainkan secara berbeza namun serentak dengan strim.

Paparan aplikasi Sountrack – Twitch

Oleh yang demikian, video yang dihasilkan tidak akan menyertakan lagu yang dimainkan. Hanya penonton strim langsung sahaja akan mendengar muzik yang dimainkan. Para penonton klip atau VOD tidak akan mendengar muzik yang dimainkan.

Ini turut membolehkan penstrim mengeksport kandungan yang dihasilkan ke laman-laman lain tanpa perlu risau tentang lesen lagu yang dimainkan. Pada ketika ini aplikasi tersebut hanya boleh dipasang pada platform Windows sahaja dan boleh dimuat-turun di twitch.tv/broadcast/soundtrack.

Aplikasi tersebut hanya perlu dipasang penstrim dan penonton strim tidak perlu memasangnya atau melakukan apa-apa untuk mendengar lagu yang dimainkan.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments