Dota 2

Valve Beri Kemaskini Mengenai Dota Plus Dan Guild

3 bulan lalu

Valve Beri Kemaskini Mengenai Dota Plus Dan Guild

Selepas bagaikan terbiar untuk seketika, pasukan pembangun Dota 2 akhirnya hadir memberikan kemaskini mengenai Dota Plus. Musim baharu bagi Dota Plus telah bermula mulai hari ini dan akan berterusan sehingga bulan Disember depan.

Dengan bermulanya musim baharu ini, para pelanggan Dota Plus boleh menggunakan shard bagi membeli ‘Autumnal Treasure 2020‘. Kotak tersebut mengandungi 12 set yang dihasilkan oleh komuniti iaitu untuk Nyx Assassin, Leshrac, Medusa, Vengeful Spirit, Weaver, Clockwerk, Faceless Void, Doom, Sven, Axe, Crystal Maiden dan Tusk.

Dota Plus juga menjanjikan bahawa kotak treasure baharu akan dilancarkan setiap tiga bulan dengan kotak seterusnya akan hadir pada 1 Disember depan. Para pemilik Dota Plus juga kini boleh menerima sehingga 57,850 shard tambahan dengan menyelesaikan cabaran bagi musim luruh.

Fungsi Role Assistant

Beberapa fungsi dari Battle Pass Dota 2 juga kini boleh digunakan oleh para pemilik Dota Plus seperti Chat Wheel, fungsi Role Assistant, pemasa creep pulls, tambahan jumlah pengguna yang boleh disekat dari 16 kepada 25.

Baca Juga :   Steam Kongsi Statistik Bagi Tahun 2018 Dan Perancangan Tahun 2019

Namun begitu, para pengguna biasa Dota 2 juga kini boleh menjana shard namun lebih terhad berbanding pelanggan Dota Plus dan hanya mampu mencapai tahap 5 sahaja. Mereka boleh menggunakan shard ini didalam permainan bagi memberi tip kepada pemain lain, membeli set kosmetik jenis legasi dan premium. Namun begitu relic hero, chat wheel dan kotak treasure kekal eksklusif kepada pelanggan Dota Plus sahaja.

Guild

Atas permintaan ramai, fungsi Guild yang diperkenalkan pada Battle Pass The International 10 lalu akan dikekalkan. Namun begitu, pelbagai hadiah yang ditawarkan sebelum ini terkait dengan Battle Pass dan tidak lagi mampu ditawarkan. Justeru itu, pihak pembangun telah mereka semula bagi membolehkan ia boleh terus dinikmati pemain.

Tahap pada guild juga telah dihapuskan. Ia telah ditukar kepada papan pendahulu mingguan yang menghadiahkan shard. Para pemilik Dota Plus akan menerima shard sekali ganda berbanding pemain biasa. Kontrak guild pula kinin memberikan mata guild dan shard.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments