League of Legends

Twice Antara Artis Yang Akan Membarisi Album EP, ALL OUT Oleh K/DA

2 bulan lalu

Twice Antara Artis Yang Akan Membarisi Album EP, ALL OUT Oleh K/DA

K/DA bakal kembali dengan album EP tidak lama lagi dan hari ini Riot Games telah berkongsikan senarai artis yang bakal membarisi album tersebut.

Pertama sekali, tidak cukup dengan (G)-Idle, senarai artis yang mensuarakan K/DA kini akan turut melibatkan kumpulan kpop terkemuka iaitu Twice. Twice bakal terlibat pada lagu kelima album tersebut iaitu I’ll Show You yang turut dibarisi Bekuh BOOM dan Annika Wells.

Selain daripada itu, Madison Beer dan Jaira Burn juga bakal kembali dengan mereka menyanyikan lagu kedua bertajuk More yang juga dibarisi (G)-Idle, Seraphine dan Lexie Liu. Berikut adalah senarai penuh artis yang terlibat di dalam ablum ini:

  1. THE BADDEST: (G)I-DLE, Bea Miller & Wolftyla
  2. MORE: Madison Beer, (G)I-DLE, Lexie Liu, Jaira Burns & Seraphine
  3. VILLAIN: Madison Beer & Kim Petras
  4. I’LL SHOW YOU: TWICE, Bekuh BOOM & Annika Wells
  5. DRUM GO DUM: Aluna, Wolftyla & Bekuh BOOM

Riot Games sebelum ini telah mendedahkan bahawa K/DA tidak mempunyai senarai artis tetap yang akan menyanyikan lagu terbitan mereka. Ini adalah bagi membolehkan kumpulan muzik maya tersebut melibatkan lebih banyak artis dalam menghasilkan muzik mereka.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments