Esukan

Evos Esports Terima Suntikan Dana Siri-B Bernilai Lebih RM49 Juta

2 bulan lalu

Evos Esports Terima Suntikan Dana Siri-B Bernilai Lebih RM49 Juta

Organisasi esukan berasal dari Indonesia, Evos Esports telah mengumumkan bahawa mereka telah menerima suntikan dana siri-b bernilai USD12 juta iaitu lebih daripada 49 juta Ringgit Malaysia.

Attention Holdings, ibu syarikat organisasi tersebut mendedahkan bahawa pusingan pelaburan yang diketuai oleh Korea Investment Partners telah berjaya meraih suntikan dana daripada Insignia Ventures Partners, Mirae Asset Ventures, Woowa Brothers, Indogen Capital dan beberapa syarikat lain dari Asia Tenggara dan Jepun.

Evos Esports sebelum ini telah menerima suntikan dana bernilai lebih 18 juta Ringgit Malaysia pada penghujung tahun lalu melalui pusingan pelaburan siri-a mereka.

Ini menjadikan mereka antara organisasi esukan terbesar di Asia Tenggara. Evo Esports pada ketika ini mempunyai pelbagai pasukan esukan di serata Asia Tenggara.

Sumber: The Esports Observer

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments